Hari ni share video yang dibuat oleh junior-junior serta rakan seperjuangan ku di SUKSIS UTHM.
Sebagai senior, aku bangga tengok hasil video yang dorang hasilkan. Ingatkan sedutan cerita Gerak Khas tadi.hehe.. Bagi yang tak paham ape yang dimaksudkan dengan SUKSIS, meh aku cita sikit sementara ada masa free nih.


SUKSIS merupakan singkatan bagi Sukarelawan Polis Siswa Siswi yang diwujudkan di institut pengajian tinggi yang ada di malaysia. Untuk pengetahuan semua, SUKSISPasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM) sendiri. mengikuti segala silibus ataupun modul-modul yang sama dan diselaraskan oleh



Setiap mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mendaftar keahlian SUKSIS hendaklah mengikuti sesi temuduga serta ujian fizikal sebagai syarat kelayakan mendaftar anggota SUKSIS. Anggota yang layak terpilih mengikuti latihan SUKSIS akan mengikuti latihan-latihan mengikut modul yang telah ditetapkan oleh PDRM sendiri.


Setiap modul-modul yang disediakan meliputi latihan menembak, kelas undang-undang, latihan kawad, dan bermacam-macam lagi latihan. Setiap anggota akan menjalani latihan selama 3 tahun, dimana pada tahun terakhir para anggota akan ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis mengikut Seksyen 36(2) Akta Polis 1967.



Ok tu je aku nak terangkan sikit. Kepada adik-adik yang baru nak mendaftar kemasukan Universiti sesi akan datang, aku cadangkan korang agar join SUKSIS ni. Bukan setakat dapat mengasah bakat yang ada, malah korang akan di bagi elaun mengikut jam berkhidmat. hehe..
Oh lupa lak nak cakap, tiap kali hujung tahun, ada dapat bonus elaun jugak k. haha... Bonus hujung tahun tak lah banyak sangat, tapi bole la jugak untuk bayar duit sewa rumah untuk beberapa bulan jugak la. hehe...


Sijil pertauliahan yang aku terima..hehe

p/s: aku da tauliah pada tahun 2009, manakala awek aku lak 2010. Sehati sejiwa SUKSIS.hehe

p/s 2: Rasa bertuah sebab dididik oleh pegawai-pegawai yang best macam Sarjan Zaiton (da macam mak), Cik Lan ( pakar kawad), cik Kadir ( Macam ayah-ayah punya style), cik Latip, cik Yusup, dan cik Ali (sporting, cool jek).Terima kasih atas didikan yang diberikan.