Bila aku tengok rancangan Bersamamu, hati aku tersentuh bila tengok keluarga-keluarga yang daif serta memerlukan bantuan dalam perjuangan dorang nk meneruskan hidup.


Terkejut gak aku bila tengok terdapat keluarga-keluarga yang kurang bernasib bak kat Malaysia nih. Tak sangka sungguh masih terdapat golongan-golongan daif yang masih memerah tenaga kudrat demi mencari sesuap nasi, walhal kita bersenang lenang ber"online", melancong dan sebagainya. Tu baru je yang dipaparkan, belom termasuk yang belom didedahkan oleh kru-kru Bersamamu.


Tak rasa pelik ke? orang-orang kita sbuk menderma kepada negara luar yang memerlukan bantuan, padahal masih terdapat orang yang amat memerlukan di dalam negara kita terabai. Tak ke lagi sesuai kalo kita tolong orang-orang susah yang ada kat dalam negara dlu sebelom tolong negara luar. Heran untuk negara luar, kita mampu kumpul wang berjuta-juta untuk bantu, tapi untuk rakyat kita, nak bangunkan sebuah rumah pon terpaksa meminta berbagai-bagai agensi.


Lagi satu yang aku wat aku geram kat keluarga-keluarga daif ni sendiri. Anak bukan main banyak lagi. Aku sedar bahawa anak ialah rezeki dari Allah, tapi sepatutnya kene sedar dengan keadaan keluarga sendiri. Jika tak mampu nak sara anak-anak, jangan la ramai-ramai. Cukup lah dengan jumlah yang kita mampu sara. Kesian la tengok anak-anak yang kecik lagi da merasa kesusahan, pastu terabai dari segi pelajaran. Jangan la wariskan kemiskinan kepada anak-anak tuh. Biar la anak sikit, tapi hidup dorang terurus. Biar dorang dapat pendidikan yang secukupnya agar dorang mampu mengubah kehidupan keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.



Korang ade pendapat lain tak? kalo ade, bole bagi respon kat sini ye.. sama-sama kita bincangkan isu nih.. hehe


p/s: teknik penulisan MrNamie masih lemah. Huhu


Sumber gambar: http://darulbayan.com/video/images/stories/bersamamu.jpg