Sudah Berpindah ya....

Kepada kawan-kawan yang singgah kat sini, terima kasih ye MrNamie ucapkan...Tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, MrNamie dah berpindah ke rumah baru ye... ALamat rumah baru tu ada MrNamie letakkan kat bawah ni. Jangan malu-malu singgah ye kawan-kawan. hehe..



 Kita jumpa di sana ye kawan-kawan.. hehe..

alhamdulillah..dah ada self host

Alhamdulillah, hari ni rasa gembira sangat bila berjaya mendapatkan hosting sendiri untuk berblogging nih.Hehe.. Sebenarnya dah lama pon mengidam nak beli hosting sendiri nih, tapi masa dan kewangan je tak mengizinkan. Tapi kali ni dah nekad sangat yang memang nak beli hosting sendiri nih.

Kisah mencari hosting secara serius ni rasanya dah mula sejak 2 minggu lepas kot kalo tak silap. Hampir semua la yang aku tanya. Tapi yang banyak memberi pendapat datangnya dari rakan-rakan yang ada kat GengBlogger. Semua bagi dorongan and menambah semangat lagi nak berhosting sendiri nih. Terharu beb.. keke

Blog ni secara rasmi dihostkan kat fivio baru je petang tadi. Petang tadi la aku sibuk bank in, sibuk pilih nama domain, and sibuk mengganggu bertanya  pasal hosting aku ni kat admin fivio. Alhamdulillah, setakat nih semua pekerja kat pihak Fivio ada banyak membantu. Harap berkekalan la camni, insyaAllah kalau servis Fivio ni still macam sekarang nih aku rasa memang akan terus guna Fivio je la. Sebab hasil dari research aku memang kebanyakan otai-otai kat dunia blog ni memang menggunakan Fivio.

Ok, spesifikasi hosting yang aku pilih ni merupakan spesifikasi yang di promosikan oleh saudara @Qiilans87. Aku terjumpa ni pon sebab tengah mencari kot-kot ade promosi yang Fivio tengah buat skang. Last-last tengah sibuk google, jumpe la entry ni kat website saudara Roslan Nazri AKA @qiilans87 nih. Hosting yang di promo nih kapasiti dia 5GB, bandwidth pulak 30GB, and harga pulak cuma RM90. Memang berbaloi.

K lah, rasanya da cukup panjang kot entry nih. Cukup kot sampai sini jek. Yang penting, hari ni boleh jadi sejarah kot kat dalam diri aku nih. First Time memakai blog yang self host. bangga jap.hehe..

P/s: kalo ade otai-otai dalam wordpress ni harap dapat la bantu aku ye. Banyak lagi benda-benda yang aku masih tak tahu kat dalam dunia Wordpress nih. Salam

Tapi banyak lagi benda yang belom edit.belom ada masa nak adjust..

Kebaikan merokok..bukan smoker jangan baca..


Salam sumer...Hari ni aku nak share sikit kebaikan merokok.Haha..walaupun tak banyak macam keburukannya, atleast dapat la jugak buka mata dan minda korang semua yang sebenarnya merokok ni ada kebaikan nya. hehe.. Macam pepatah "dont judge a cigar by its brand". Okayh, kalo nak tahu kelebihan merokok, sila ringan-ringankan tangan korang klik nuffnang"read more" kat bawah ni okayh.


Korang dah buang jersi korang?

entry ringkas dari Kuala Lumpur menggunakan internet tumpang...keke

Kosmo hari ni dah nyatakan haram woo pakai jersi yang ada logo salib, syaitan, serta jenama minuman keras. hakhak...ni Datuk Nooh Gadut yang bagtau kat kosmo okayh. Bukan Kosmo sendiri yang memandai-mandai nak kuarkan fatwa mengenai pengharaman jersi nih.

So, kepada peminat pasukan bola yang jersi ada mempunyai logo salib, syaitan dan jenama minuman keras, agaknya dah boleh kot mula lelongkan baju jersi yang ada. Kalo tak nak lelong pon, korang beli je frame gambar, pastuh framekan jersi korang tuh. Eh lupa lak, rasanya kalo ade logo salib, takkan la kita nk gantung pulak kan.hehe

Senang cakap, sape-sape yang ade tu bole da mula bakar membakar kot. Kalo sayang pon, korang gi koyakkan je kat tempat yang ade logo salib tuh. Takper la jersi yang berlubang sket, daripada nilai agama yang berlubang okayh. Jangan kerana jersi agama tergadai pulak yek.. keke

p/s: aku peminat manchester united jugak. and ada jersi yang ada lambang syaitan@RED DEVIL. takpa, demi agama aku sanggup tak pakai jersi tuh..keke

nanti ade masa edit balik entry biar kemas. Rasa macam tak kemas lak. Kalo ade masa la, tak janji. Waka waka waka eh eh

Nak urut guna payudara? 18sx .. kot

petikan akhbar kosmo.
Payu dara mampu mengurut?hehe.. pelikkan kalo nak dipikir dengan akal logik. Korang cuba bayangkan camna agaknya proses mengurut gunakan payu dara tuh. Jangan pikir yang lucah-lucah pulak. Aku nk korang pikir teknik yang dorang pakai guna payu dara tuh je. haha.. Tak ke susah nak mengurut guna payu dara. Aku rasa kalo urut guna payu dara ni bukan mengurut, tapi sebenarnya menggentel je kot.

Eh, layak ke kita?

Berita Harian tadi ada beritahu yang Malaysia dan Indonesia sedia nak anjurkan Piala Dunia bersama pasnih macam yang pernah Jepun dan Korea Selatan buat pada Piala Dunia 2002 yang lepas. Bukan aku tak sokong ape yang negara kita dan Indonesia nak buat nih, tetapi aku rasa sepatutnya kita lebih fokus kepada prestasi pasukan bola sepak negara kita dulu yang terutamanya.

Oh Bung Mokhtar...



Bung Mokhtar nak failkan hujah kepada mahkamah supaya denda penjara selama sebulan yang diterimanya ditukarkan kepada bentuk denda. Tak wajar sebenarnya bung mokhtar wat rayuan camni. Rasa macam tak adil pulak kalau rayuan beliau diterima. Ape la sangat bayaran denda tu kan kalo dibandingkan dengan pendapatan kewangan yang diperoleh oleh Bung Mokhtar nih.

Tips membeli handphone


Sekarang ni dah berbagai jenis phone yang release. Semua developer bersaing-saing nak tarik minat kita untuk gunakan produk dorang. Oleh sebab tuh, kita sebagai pelanggan ni, jangan le membabi buta je beli ape-ape produk dorang yang baru release.Kene fikir dulu dengan baik-baik kecuali kalo mak bapak korang jenis yang cop duit.So, kat sini aku nak share sikit beberapa tips yang aku guna kalo nak membeli phone baru dengan korang.


Entry percubaan Disqus (Comment form)

Kepada kawan-kawan blogger yang lain, aku baru je install Disqus comment form untuk blog ni. Sekarang ni masih dalam dilema sama ada hendak meneruskan disqus ni ataupun menggunakan comment form yang lama sahaja.

 So, entry ni didedikasikan kepada kawan-kawan untuk menulis komen dan cadangan sama ada aku terus menggunakan disqus ataupun teruskan sahaja menggunakan comment form yang disediakan oleh blogger sendiri je.

Kepada kawan-kawan yang baca entry nih, harap korang dapat tinggalkan sedikit pesanan ataupon cadangan kepada mrnamie k. Kalo ramai yang setuju, insyaAllah aku akan terus gunakan disquss ni. Tapi jika ramai yang tidak setuju, dengan besar hati aku menukar comment form ni semula ye. Thanx all..

Kes Maria TunKu Sabri

Keratan dari kosmo
Aku blurr + heran dengan kes Maria Tunku Sabri (Host Jalan-jalan Cari Makan) nih. Dari ape yang aku paham, Maria dan Datuk Wan Johani Wan Hussin ni buat 1 perjanjian untuk bernikah. Dan jika si Datuk tidak menikahi Maria ni, maka si Datuk tadi akan dikenakan bayaran RM5.5 juta kerana melanggar perjanjian tersebut. Betol tak?



Cinta Luar??


Sekarang heboh isu Maya Karin hendak bercerai dengan suaminya yang berasal dari luar negara. Selain tu, ade jugak kes mengenai seorang andartu yang di tipu oleh "kekasih"nya yang merupakan warga afrika. Heran kenapa la hendak pilih pasangan dari negara luar sedangkan lagi ramai jejaka-jejaka mantap macho serta kesunyian di negara nih.hehe...


Rogol dan lelaki..




Sebenarnya aku rasa tak adil jika lelaki di sabitkan dengan kes rogol dengan kerelaan mangsa. Kes yang aku maksudkan ni sebenarnya kes hubungan seks dengan pasangan bawah umur. Macam yang kita tahu, undang-undang Malaysia menetapkan bahawa jika seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan pasangan wanita yang berumur 18tahun kebawah di atas kerelaan mangsa, si romeo juga akan dikenakan tuduhan merogol.

Bagi aku undang-undang tidak adil sangat bagi lelaki. Nampak macam diskriminasi jantina pulak. Ye lah, bagi tanggapan kita, rogol ni sebenarnya hubungan seks tanpa kerelaan. Kalo sudah si gadis setuju/rela, mengapa si lelaki dikenakan tuduhan rogol pulak? Mengapa tidak si perempuan dikenakan tindakan sama sekali?

Sepatutnya kedua-dua dikenakan tuduhan zina walaupun si gadis tu masih di bawah umur. Baru lah adil dan saksama. Bagi aku, umur 18 tahun sebenarnya tidak boleh lagi dikatakan bawah umur lagi zaman skarang nih. Umur 18 tahun sudah boleh berfikir secara waras.Remaja masa kini semakin matang. Tak percaya?, tengok kat facebook pun dah tahu. Kita sendiri sukar nak bezakan gambar remaja bawah umur ataupun sudah berumur. Pakaian sama naik, sama-sama seksi. Jika sudah pandai bergaya dengan pakaian yang mengghairahkan, mustahil tidak tahu apakah itu seks. Takkan nak kene ade kelas seks baru lah mereka kenal dan paham apakah yang di maksudkan dengan seks.

Jika lelaki sudah boleh berfikir mengenai seks, mengapa perempuan tidak? sedangkan perempuan lebih awal baligh/ matang daripada lelaki. Betul tak? Meh share-share kat sini ye kawan-kawan.

p/s: kalau ada fakta yang salah tolong maafkan ye. Cuma menyuarakan pendapat untuk mendengar pendapat kawan-kawan blogger yang lain.

p/s2: entry ni bukan hendak menggalakkan seks remaja bawah umur, cuma sekadar diskusi saja ye. 

gambar: petikan akhbar kosmo mengenai guru "rogol" kekasihnya berumur 16 tahun. 

EDIT: Umur untuk STATUTORY RAPE ialah 16tahun. Info baru diterima daripada mytrajet74. Minta maaf untuk salah info.

Sentiasa Bersamamu....



Bila aku tengok rancangan Bersamamu, hati aku tersentuh bila tengok keluarga-keluarga yang daif serta memerlukan bantuan dalam perjuangan dorang nk meneruskan hidup.


Terkejut gak aku bila tengok terdapat keluarga-keluarga yang kurang bernasib bak kat Malaysia nih. Tak sangka sungguh masih terdapat golongan-golongan daif yang masih memerah tenaga kudrat demi mencari sesuap nasi, walhal kita bersenang lenang ber"online", melancong dan sebagainya. Tu baru je yang dipaparkan, belom termasuk yang belom didedahkan oleh kru-kru Bersamamu.


Tak rasa pelik ke? orang-orang kita sbuk menderma kepada negara luar yang memerlukan bantuan, padahal masih terdapat orang yang amat memerlukan di dalam negara kita terabai. Tak ke lagi sesuai kalo kita tolong orang-orang susah yang ada kat dalam negara dlu sebelom tolong negara luar. Heran untuk negara luar, kita mampu kumpul wang berjuta-juta untuk bantu, tapi untuk rakyat kita, nak bangunkan sebuah rumah pon terpaksa meminta berbagai-bagai agensi.


Lagi satu yang aku wat aku geram kat keluarga-keluarga daif ni sendiri. Anak bukan main banyak lagi. Aku sedar bahawa anak ialah rezeki dari Allah, tapi sepatutnya kene sedar dengan keadaan keluarga sendiri. Jika tak mampu nak sara anak-anak, jangan la ramai-ramai. Cukup lah dengan jumlah yang kita mampu sara. Kesian la tengok anak-anak yang kecik lagi da merasa kesusahan, pastu terabai dari segi pelajaran. Jangan la wariskan kemiskinan kepada anak-anak tuh. Biar la anak sikit, tapi hidup dorang terurus. Biar dorang dapat pendidikan yang secukupnya agar dorang mampu mengubah kehidupan keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.



Korang ade pendapat lain tak? kalo ade, bole bagi respon kat sini ye.. sama-sama kita bincangkan isu nih.. hehe


p/s: teknik penulisan MrNamie masih lemah. Huhu


Sumber gambar: http://darulbayan.com/video/images/stories/bersamamu.jpg

Minta bantuan derma untuk...


Pernah tak waktu korang tengah jalan-jalan tetibe datang sorang budak pakai kopiah datang kat korang pastu cakap "Kak saya dari madrasah bla bla bla..nak minta derma sikit".


Korang pernah ke tertanya-tanya betul ke dorang ni dari madrasah?..ataupun dorang ni cuma satu sindiket meminta sedekah yang menggunakan nama madrasah untuk meminta sedekah?. Bukan niat aku nak kutuk atau pon memperlekehkan dorang ni, tapi kita sebagai penderma mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran. Betol tak?




Berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang yang "bernasib baik", salu gile jumpe orang yang minta sedekah camni. hehe.. Aku salu jugak tanya dari mana asal madrasah diaorang tu sebenarnya. Kalo area dekat-dekat tu mayb aku ade la jugak taw pasal madrasah-madrasah yang ada. Skali aku tnya, jawapan yang dorang kasik wat aku terkejut."Kami dari madrasah bla bla bla yang beralamat di Kedah bang.". Jauh gila ka ape dari kedah korang datang mintak sdekah kat Melaka nih. Kalo menda camni biasa nya aku da saspek sesuatu yang pelik. Takkan orang-orang di sekitar kedah suma kedekut tak nk derma smpai kan dorang terpaksa ke Melaka ni nak mintak sedekah. Betol tak pemikiran waras aku?hehe...


Lagi satu yang aku heran, diorang ni biasanya seorang-seorang je. Kalo betol la memang betol la madrasah berkenaan dari kedah nun, takkan la madrasah tu cuma hantar seorang je pelajar madrasah tu ke Melaka semata-mata untuk mengutip derma. Apa yang aku maksud kan kat sini, kalau dari jauh tu mesti kita dapat tengok kesan-kesan kewujudan mereka kat area yang berhampiran kan. Macam bas madrasah ke, grup-grup penghuni madrasah yang laen ke, baru la tak meragukan kita. Yang ni dah la sorang-sorang minta sedekah, pastu dari Kedah pulak tuh. Cakap pulak lancar xde loghat langsung macam dari kedah. Tak kan la baru mintak derma kat melaka da ilang loghat kedah dorang. Sigh..


Bagi aku, perkara ni sepatutnya polis kene buat pantauan je. Mana-mana yang mintak sedekah tu tahan je mintak tunjuk IC ataupun ape-ape je butir pengenalan yang ada. Bukan ape, aku kesian tengok sikap baik hati rakyat Malaysia ni disalah gunakan oleh pihak-pihak macam nih. Bukan niat aku nak halang korang menderma, tapi sebelom menderma, kita sepatutnya check dlu latar belakang peminta derma nih. Bukan main bantai je sumbat duit kat dalam tabung tuh. Kalo betul semua organisasi yang dorang nyatakan tuh, baru la korang derma.


So, ape pendapat korang lak? korang terus derma ke or usha-usha dulu background dorang macm aku? hehe


P/s: pasni nak wat macam ade kisah kat entry blog aku baca, dia suh baca doa qunut dulu nk kompomkan betul-betul pelajar madrasah. takkan belajar madrasah tak reti doa qunut. hehehehe

Sumber gambar: http://asmawati.com/gambar/Donation_icon.jpg

SUKSIS .. sentiasa dalam ingatan..






Hari ni share video yang dibuat oleh junior-junior serta rakan seperjuangan ku di SUKSIS UTHM.
Sebagai senior, aku bangga tengok hasil video yang dorang hasilkan. Ingatkan sedutan cerita Gerak Khas tadi.hehe.. Bagi yang tak paham ape yang dimaksudkan dengan SUKSIS, meh aku cita sikit sementara ada masa free nih.


SUKSIS merupakan singkatan bagi Sukarelawan Polis Siswa Siswi yang diwujudkan di institut pengajian tinggi yang ada di malaysia. Untuk pengetahuan semua, SUKSISPasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM) sendiri. mengikuti segala silibus ataupun modul-modul yang sama dan diselaraskan oleh



Setiap mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mendaftar keahlian SUKSIS hendaklah mengikuti sesi temuduga serta ujian fizikal sebagai syarat kelayakan mendaftar anggota SUKSIS. Anggota yang layak terpilih mengikuti latihan SUKSIS akan mengikuti latihan-latihan mengikut modul yang telah ditetapkan oleh PDRM sendiri.


Setiap modul-modul yang disediakan meliputi latihan menembak, kelas undang-undang, latihan kawad, dan bermacam-macam lagi latihan. Setiap anggota akan menjalani latihan selama 3 tahun, dimana pada tahun terakhir para anggota akan ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis mengikut Seksyen 36(2) Akta Polis 1967.



Ok tu je aku nak terangkan sikit. Kepada adik-adik yang baru nak mendaftar kemasukan Universiti sesi akan datang, aku cadangkan korang agar join SUKSIS ni. Bukan setakat dapat mengasah bakat yang ada, malah korang akan di bagi elaun mengikut jam berkhidmat. hehe..
Oh lupa lak nak cakap, tiap kali hujung tahun, ada dapat bonus elaun jugak k. haha... Bonus hujung tahun tak lah banyak sangat, tapi bole la jugak untuk bayar duit sewa rumah untuk beberapa bulan jugak la. hehe...


Sijil pertauliahan yang aku terima..hehe

p/s: aku da tauliah pada tahun 2009, manakala awek aku lak 2010. Sehati sejiwa SUKSIS.hehe

p/s 2: Rasa bertuah sebab dididik oleh pegawai-pegawai yang best macam Sarjan Zaiton (da macam mak), Cik Lan ( pakar kawad), cik Kadir ( Macam ayah-ayah punya style), cik Latip, cik Yusup, dan cik Ali (sporting, cool jek).Terima kasih atas didikan yang diberikan.

Kelas Seks..

Kerajaan gesa segera pendidikan seks?..haha. Kalo cmni mesti suma student rajin je pergi kelas waktu pendidikan seks. Bukan ape, semua sibuk nak tunjuk pandai dalam bidang seks ni. hehe... Kalo zaman aku dlu, waktu kelas sains bab pembiakan, semua segar bugar jek mata dengar penerangan cikgu. Yang tak bole blah, sorang-sorang rajin tanya cikgu dengan lebih mendalam bab pembiakan nih. haha


Korang rasa dengan buat kelas pendidikan seks ni boleh ke bendung kes-kes sosial remaja yang berlaku sekarang?. Bagi aku, kelas pendidikan seks ni tak penting sangat. Lagi bagus kalo kerajaan buat kelas agama lebih. Maksud aku wat kelas tambahan agama. Sebab dengan teras ilmu agama yang tinggi, besar kemungkinan hampir kesemua masalah ayng berkaitan dengan remaja dapat diatasi kerana secara keseluruhannya, pendidikan agama adalah secara menyeluruh dan bukan memfokus kepada satu-satu masalah sahaja. bukan setakat seks, malah kes lari rumah, kes cinta, dan sebagainya lagik.



Macam yang aku perhatikan sekarang ni, seks bukanlah punca gejala sosial yang berlaku sekarang. Kebanyakan kes-kes berlaku dari kurang didikan ibu bapa dan didikan agama. Mungkin aku tak pernah masuk kelas pendidikan seks, tapi aku rasa apa yang di ajar kat dalam kelas pendidikan seks tu cuma cara nak atasi mengandung anak luar nikah, kenali cara atasi masalah gangguan seksual dan sebagainye. Sory la yek kalo salah, xde pengalaman masuk kelas pendidikan seks nih. hehe


Apa yang aku cuba fokuskan kat sini ialah akhlak remaja sendiri. Walao tinggi macamana pon dorang taw pasal seks, tapi akhlak masih lemah, tak mustahil berlaku jugak kes-kes yang ada sekarang. Entah silap hari bulan lagi susah kita hendak tahu. Ye lah, suma da ikuti kelas seks, da taw kalo nak romen pakai kondom la, makan pill cegah hamil la, dan macam-macam lagi teknik cegah kehamilan.


Pada aku, kerajaan mesti titikberatkan dari segi pemulihan akhlak remaja-remaja ni terlebih dahulu sebelum laksanakan kelas pendidikan seks nih. Bila semua sudah ok, barulah laksanakan kelas pendidikan seks ni sebagai ilmu tambahan kepada remaja-remaja tersebut.


bagi pendapat korang pulak camna?meh kita tukar-tukar pendapat k.


p/s: jangan ade yang wat kelas tusyen pendidikan seks secara personal dah la.hahaha

sumber gambar : http://www.ganmaoyao.com/down/sex_education.gif