Sekarang heboh isu Maya Karin hendak bercerai dengan suaminya yang berasal dari luar negara. Selain tu, ade jugak kes mengenai seorang andartu yang di tipu oleh "kekasih"nya yang merupakan warga afrika. Heran kenapa la hendak pilih pasangan dari negara luar sedangkan lagi ramai jejaka-jejaka mantap macho serta kesunyian di negara nih.hehe...



Kenapa nak cinta dari luar? Bagi aku cukup la sekadar dengan pasangan yang ada dari Malaysia je. Tak payah nak berkasih kasih dengan pasangan negara luar. Bukan nye untung pon. Lagi banyak keburukan daripada kebaikan sendiri. Contoh sekeliling pon ade banyak yang menunjukkan yang cinta dari luar ni tak kekal lama. Memang ada yang tahan, tapi di bandingkan, lagi banyak yang berpisah daripada yang kekal itu sendiri.

Sekarang ni semacam ada trend yang dapat kita tengok melalui kes-kes yang berlaku. Bagi golongan remaja masa kini, cinta luar yang sering menjadi pilihan ialah kekasih yang berasal dari negara seberang je. Kerjaya biasa si kekasih ialah buruh kasar. Bagi aku, golongan remaja ni cuma mengejar cinta suci (kononnya) mereka. Kes tu yang sampai sanggup lari dari rumah hingga mengikut kekasih mereka dan berkahwin di negara seberang.

Golongan andartu/janda pula cenderung untuk memilih warga afrika. Ni kerana golongan andartu/janda sudah matang dalam proses memilih pasangan. Mereka tau golongan mana yang mampu untuk menjaga/menyara keperluan mereka. Sebab itu  kebanyakan kekasih bagi golongan-golongan ni semuanya berlakon sebagai pelajar ataupun usahawan yang ingin melabur di malaysia nih. Kononnya dapat menyara kehidupan mereka la lepas kahwin kang.Padahal semua tu wayang je. Last-last, duit habis, habuk ape pon tak dapat.

Golongan artis pula cenderung memilih pasangan luar yang tiptop macam dorang jugak. Tak mau la pilih-pilih yang afrika. Mesti ade pekerjaan yang macho-macho. Baru lah tak malu nak bawak pegi mana-mana majlis award ke ape. Sebagai contoh, tunang Sarah Raisuddin seorang pelumba motorcross. Manakala suami Maya Karin pula tenaga pengajar di Alice Smith School. Mana layan usahawan negro and buruh kasar beb..hehe...

Sebenarnya, tak salah jika bercinta dengan orang luar, tapi kena fikir dengan lebih mendalam mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi. Meh share-share lagi ape pendapat korang pulak ye..

P/s: kepada pembaca perempuan jangan kecik hati k, entry ni MrNamie buat sebagai tauladan je. Tiada niat hendak memperkecil-kecilkan kaum perempuan.