Kerana cinta?



Untitled DocumentBunuh diri kerana cinta?..amalan dah cukup ke dik?,berbaloi ke mati demi seseorang yang ko baru je knal? bagi yang beragama islam mesti sudah sedia tahu yang kalo bunuh diri ni alamatnya menempah neraka la kat akhirat kang.

Tadi aku baca paper kosmo online, tak tau pulak artikel tu semalam or hari ni yang punya. Tapi artikel yang aku maksudkan mengenai remaja perempuan 15 tahun ugut bunuh diri kerana cinta.Hahaha..aku bersyukur aku takde cinta monyet macam ko dlu. Kalo ade agaknye aku nak bunuh diri ke kalo abah aku tak kasik aku bercintan? Remaja zaman skang ni memang advan. Cinta monyet da serius. Zaman aku dlu, kalo umur 15 ni baru nak mengenal pompuan. Yela, aku ni seorang yang pemalu kat kelas.hehe.. Tapi mengenal bukan untuk mencintai mereka, tapi lebih kepada sebagai seorang sahabat kelas.


Sebenarnye aku masih tersenyum kesan-kesan membaca artikel nih. Bukan senyum gembira kerana seorang lagi remaja rosak akhlak, tapi senyum gelihati memikirkan pemikiran si remaja perempuan nih. Ko ingat umur ko 15 da besar ke dik?dush.. aku yang berumur 2+an ni pon kekadang rasa aku ni macam kanak-kanak lagik.hehe..Ntah ape la kalimat-kalimat cinta yang si Romeo tuh kasik kat ko sampaikan bunuh diri pon ko sanggup kerana dia. Hadoii.. Tengok gambar macam kanak-kanak je. Sedih tengok keadaan ko. Baru 15tahun da nak bunuh diri. Sedangkan aku ni pon masih banyak impian yang belum tercapai.


Risau betul aku melihat keadaan remaja sekarang. Kes pukul sampai mati, Kes buang anak, kes Ariel dan luna maya dan cut tari, semua berlaku semacam trend yang mengikut peredaran masa. Mengapa aku cakap trend? Kalo korang perasan, muncul satu kes buang bayi, pastu banyak lagi bayi yang dibuang. Dah jadi macam trend fesyen lak. Heran dimana hilang sifat keibuan sampaikan sanggup bunuh bayi yang tak berdosa tuh. Sepatutnya bayi yang dilahirkan tu di azankan ataupun di iqamatkan. Bukan nye di campak kat mana-mana je yang korang suka. sigh..


Sebenarnya banyak masalah yang timbul dari kes cinta monyet nih. Zaman aku takde la pulak kes-kes cinta monyet yang sampai camni skali. Kalo ade mesti ramai kawan skola aku yang ugut parent dorang bunuh diri sebab banyak kawan aku couple waktu dari skola lagik. aku je yang tak. hehe.. sebab cinta monyet boleh merana taw family. Kalo demi cinta yang sejati sangat tuh dorang sanggup bunuh diri, of kos stakat seks tu dorang lebih mampu nak buat bukan. Bunuh diri main dengan nyawa, kalo seks?, stakat selaput dara mesti dorang tak kesah kan. So, bila dah terjadi nya sek ni, maka akan terhasil anak luar nikah (dorang ni sengal, romen pakai la kondom lahanat). Bila terhasil anak luar nikah, samada gugurkan or nikah urgent je. Nikah tu pon kalo si lelaki mengaku. Kena kalo si lelaki tak nak mengaku tu anak dia??..jadi Juliet tiada romeo la ko sorang-sorang kat sana.Kalo bagi yang nikah urgent pulak, ntah kukuh ke tak rumahtangga dorang tuh.Tak nak la pas kawen kang masuk siaran "BersamaMu" yang TV3 tuh.


Bagi aku, menda-menda camni sepatutnya ditangani dari kecik lagi sebenarnya. Bila dorang da remaja baru kita nk push dorang berubah, susah.Bak kata pepatah melayu"Melentur rebung biar dari buluh nya".Kalo da jadi buluh baru nak lentur, memang merana. sigh.. Sama la jugak dengan manusia. Kalo kita didik dari kecik senang je, berbanding kalo nk didik yang remaja. Kalo macam aku dlu abah didik dari kecik dengan rotan je. Senang. Apa-apa salah je memang kne zasss dengan rotan. Bukan stakat rotan je, didikan agama pon dititikberatkan. Kalo sekadar dengan rotan je, da macam mendera pulak. Kalo macam parent aku, balance. Abah bagi didikan rotan, mak pula bagi nasihat. Sumpah memang terus lekat ape nasihat mak kalo pas kene rotan. Yela, mak urut kesan rotan sambil bagi nasihat. Memang menusuk kalbu. Time tuh mmg insaf kjap. :P


So macamana? ape pendapat korang lak? meh kita share-share dekat sini.


p/s: penulisan tidak menarik. Masih dalam proses belajar. Harap maaf ye.




Di mana silap kita?


Salam semua, bersempena World Cup yang sedang berlangsung sekarang, masing-masing antara korang kompom ada mempunyai pasukan pilihan sendiri yang korang rasa boleh menjulang Piala Dunia edisi yang kali ni bukan.(England da terkeluar..sob sob..).


Tapi korang semua tak terasa tercabar ke tengok wakil Asia seperti Jepun dan Korea Selatan dapat mara ke peringkat ke-2? Mana pergi pasukan negara kita? Harimau malaya dah tempang ke? or harimau malaya kita dah tua??


Aku heran tiap kali menonton wakil-wakil asia beraksi, mesti akan terdetik di hati mengapa pasukan Malaysia sendiri tidak mampu untuk mewakili benua kita ini ke Piala Dunia. Walhal satu ketika dulu, sebut sahaja harimau malaya, semua pasukan gerun untuk menentang. Bahkan jepun dan korea selatan sendiri bukan saingan kepada harimau malaya pada masa tersebut. Senang cakap, memang malang la kalo dorang kena undi satu kumpulan dengan pasukan harimau malaya.


sekarang? tak payah sebut jepon dan korea, bahkan Singapura yang merupakan lauk kita dahulu pon sudah jadi musuh tradisi. Thailand apatah lagi, ntah-ntah pasukan malaysia ni umpama lauk bagi mereka. sigh..


Aku tertanya-tanya di mana silapnya pengurusan pasukan bola sepak kita sehingga menyebabkan kejatuhan reputasi yang begitu mendadak. Mungkinkah kesilapan dari segi pengurusan?,kesilapan pemain?, ataupun kesilapan jurulatih?. Atau mungkin juga kesilapan penonton dan penyokong sendiri?
Ape pendapat korang pulak?


p/s: MrNamie memang lemah dalam bidang penulisan ni. >.<


Pertukaran link


http://era070789.blogspot.com/ (era)
http://ohmonstar.blogspot.com/ (ohmonstar)
http://www.rainforestoutdoor.com/ (rainforestoutdoor)
http://fieqilah.blogspot.com/ (fieqilah)
http://mahamahu.blogspot.com/ (mady83)
http://notakosong.com/ (whykimi)
http://coretanperantau.blogspot.com/ (long haffiz)
http://daizzatcode.blogspot.com/ (izzat)
http://kongsibersamanora.blogspot.com/ (nurshakir15)
http://mysweetsourstory.blogspot.com/ (noor halimah)
http://yanafie.blogspot.com/ (yanfie)
http://myblog.myicentre.net (penhitam)
http://nazterjah.blogspot.com (nashirainloved)
http://akuskandel.blogspot.com/ (cik mija)
http://azizulluqman.blogspot.com/ (azizul luqman /botak)
http://ciktomyam.blogspot.com/ (cik tomyam)
http://missadeqwanie.blogspot.com (nur wanie fifa)
http://resourceavail.com/blog/ (Noridah)





Kepada kawan-kawan lain yang ingin exchange link bole tinggalkan komen k. Kat forum Gengblogger pon ada saya buka thread di sana. Harap boleh menambah kenalan di samping menambah rakan-rakan blogger yang lain.

Perasmian

Dengan rasmi-nya, blog mrnamie.blogspot.com dibuka!!!


aku target blog aku kat blogspot ni port tuk aku diskus hal-hal isu semasa jek sebab untuk isu peribadi, aku lagi prefer gunakan blog aku kat tumblr. :)

cukup tak ucapan pembukaan aku nih?..nak tulis panjang-panjang ni malas pulak. keke..

kepada semua otai-otai yang ada singgah kat blog ni, harap korang bole la tinggalkan komen-komen yang membina k. Komen yang membantai pon aku tak kisah, yang penting aku nak komen-komen yang ikhlas dari korang semua.

k ar, dengan lafaz bismillah, saya rasmikan blog ini. ("sambil potong riben")

sembangkencang: blog ni da buat "do follow", harap rajin-rajin ye tinggalkan komen-komen. Demi kebaikan bersama. :)