entry ringkas dari Kuala Lumpur menggunakan internet tumpang...keke

Kosmo hari ni dah nyatakan haram woo pakai jersi yang ada logo salib, syaitan, serta jenama minuman keras. hakhak...ni Datuk Nooh Gadut yang bagtau kat kosmo okayh. Bukan Kosmo sendiri yang memandai-mandai nak kuarkan fatwa mengenai pengharaman jersi nih.

So, kepada peminat pasukan bola yang jersi ada mempunyai logo salib, syaitan dan jenama minuman keras, agaknya dah boleh kot mula lelongkan baju jersi yang ada. Kalo tak nak lelong pon, korang beli je frame gambar, pastuh framekan jersi korang tuh. Eh lupa lak, rasanya kalo ade logo salib, takkan la kita nk gantung pulak kan.hehe

Senang cakap, sape-sape yang ade tu bole da mula bakar membakar kot. Kalo sayang pon, korang gi koyakkan je kat tempat yang ade logo salib tuh. Takper la jersi yang berlubang sket, daripada nilai agama yang berlubang okayh. Jangan kerana jersi agama tergadai pulak yek.. keke

p/s: aku peminat manchester united jugak. and ada jersi yang ada lambang syaitan@RED DEVIL. takpa, demi agama aku sanggup tak pakai jersi tuh..keke

nanti ade masa edit balik entry biar kemas. Rasa macam tak kemas lak. Kalo ade masa la, tak janji. Waka waka waka eh eh