Sebenarnya aku rasa tak adil jika lelaki di sabitkan dengan kes rogol dengan kerelaan mangsa. Kes yang aku maksudkan ni sebenarnya kes hubungan seks dengan pasangan bawah umur. Macam yang kita tahu, undang-undang Malaysia menetapkan bahawa jika seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan pasangan wanita yang berumur 18tahun kebawah di atas kerelaan mangsa, si romeo juga akan dikenakan tuduhan merogol.

Bagi aku undang-undang tidak adil sangat bagi lelaki. Nampak macam diskriminasi jantina pulak. Ye lah, bagi tanggapan kita, rogol ni sebenarnya hubungan seks tanpa kerelaan. Kalo sudah si gadis setuju/rela, mengapa si lelaki dikenakan tuduhan rogol pulak? Mengapa tidak si perempuan dikenakan tindakan sama sekali?

Sepatutnya kedua-dua dikenakan tuduhan zina walaupun si gadis tu masih di bawah umur. Baru lah adil dan saksama. Bagi aku, umur 18 tahun sebenarnya tidak boleh lagi dikatakan bawah umur lagi zaman skarang nih. Umur 18 tahun sudah boleh berfikir secara waras.Remaja masa kini semakin matang. Tak percaya?, tengok kat facebook pun dah tahu. Kita sendiri sukar nak bezakan gambar remaja bawah umur ataupun sudah berumur. Pakaian sama naik, sama-sama seksi. Jika sudah pandai bergaya dengan pakaian yang mengghairahkan, mustahil tidak tahu apakah itu seks. Takkan nak kene ade kelas seks baru lah mereka kenal dan paham apakah yang di maksudkan dengan seks.

Jika lelaki sudah boleh berfikir mengenai seks, mengapa perempuan tidak? sedangkan perempuan lebih awal baligh/ matang daripada lelaki. Betul tak? Meh share-share kat sini ye kawan-kawan.

p/s: kalau ada fakta yang salah tolong maafkan ye. Cuma menyuarakan pendapat untuk mendengar pendapat kawan-kawan blogger yang lain.

p/s2: entry ni bukan hendak menggalakkan seks remaja bawah umur, cuma sekadar diskusi saja ye. 

gambar: petikan akhbar kosmo mengenai guru "rogol" kekasihnya berumur 16 tahun. 

EDIT: Umur untuk STATUTORY RAPE ialah 16tahun. Info baru diterima daripada mytrajet74. Minta maaf untuk salah info.