Alhamdulillah, hari ni rasa gembira sangat bila berjaya mendapatkan hosting sendiri untuk berblogging nih.Hehe.. Sebenarnya dah lama pon mengidam nak beli hosting sendiri nih, tapi masa dan kewangan je tak mengizinkan. Tapi kali ni dah nekad sangat yang memang nak beli hosting sendiri nih.

Kisah mencari hosting secara serius ni rasanya dah mula sejak 2 minggu lepas kot kalo tak silap. Hampir semua la yang aku tanya. Tapi yang banyak memberi pendapat datangnya dari rakan-rakan yang ada kat GengBlogger. Semua bagi dorongan and menambah semangat lagi nak berhosting sendiri nih. Terharu beb.. keke

Blog ni secara rasmi dihostkan kat fivio baru je petang tadi. Petang tadi la aku sibuk bank in, sibuk pilih nama domain, and sibuk mengganggu bertanya  pasal hosting aku ni kat admin fivio. Alhamdulillah, setakat nih semua pekerja kat pihak Fivio ada banyak membantu. Harap berkekalan la camni, insyaAllah kalau servis Fivio ni still macam sekarang nih aku rasa memang akan terus guna Fivio je la. Sebab hasil dari research aku memang kebanyakan otai-otai kat dunia blog ni memang menggunakan Fivio.

Ok, spesifikasi hosting yang aku pilih ni merupakan spesifikasi yang di promosikan oleh saudara @Qiilans87. Aku terjumpa ni pon sebab tengah mencari kot-kot ade promosi yang Fivio tengah buat skang. Last-last tengah sibuk google, jumpe la entry ni kat website saudara Roslan Nazri AKA @qiilans87 nih. Hosting yang di promo nih kapasiti dia 5GB, bandwidth pulak 30GB, and harga pulak cuma RM90. Memang berbaloi.

K lah, rasanya da cukup panjang kot entry nih. Cukup kot sampai sini jek. Yang penting, hari ni boleh jadi sejarah kot kat dalam diri aku nih. First Time memakai blog yang self host. bangga jap.hehe..

P/s: kalo ade otai-otai dalam wordpress ni harap dapat la bantu aku ye. Banyak lagi benda-benda yang aku masih tak tahu kat dalam dunia Wordpress nih. Salam

Tapi banyak lagi benda yang belom edit.belom ada masa nak adjust..