Salam sumer...Hari ni aku nak share sikit kebaikan merokok.Haha..walaupun tak banyak macam keburukannya, atleast dapat la jugak buka mata dan minda korang semua yang sebenarnya merokok ni ada kebaikan nya. hehe.. Macam pepatah "dont judge a cigar by its brand". Okayh, kalo nak tahu kelebihan merokok, sila ringan-ringankan tangan korang klik nuffnang"read more" kat bawah ni okayh.


Banyak gak kawan-kawan yang aku kenal dari merokok ni sebenarnya. Bila da sesama smoker nih, biasanya secara automatik kepala memang boleh join . Lagi-lagi waktu sekolah dlu, bila ada program anjuran sekolah-sekolah, mesti meriah kat toilet waktu rehat. Time tu lah merapatkan ukhwah sesama pelajar sekolah lain sambil hisap rokok sesama kat dalam tandas. Ops, kantoi start merokok ketika masih bawah umur.

Aku heran sebab bila aku hisap je rokok, mencurah-curah idea yang datang. Lagi-lagi bila tengah spend masa kat dalam "chamber berbau" seperti yang dinyatakan oleh bro @azmanishak, wajib on sebatang dua rokok. Sambil termenung tu la idea datang. Time tu la memacam plan and idea yang muncul. Seriously, waktu termenung tuh, aku boleh dapat idea tuk tulis 2 -3 entry. Tapi bila keluar je "chamber berbau", idea ilang lak.Heran kan...

Lagi satu kelebihan rokok nih, boleh "kill time ". Bukan maksud aku buang masa macam tu jek. Bila aku kena menunggu sesuatu, aku memang hisap rokok. Kononnya hisap rokok ni boleh la ilangkan boring menunggu tuh. Yela, kan pepatah melayu selalu cakap, "Penantian suatu penyiksaan". Jadi aku kurangkan seksaan tuh dengan hisap rokok la. Lagi masyuk kalo boleh layan nes o ais sambil layan winston. Memang tunggu 2-3 jam pon aku tak kesah. haha..

Kalo korang lak camna? meh share sikit ape yang kebaikan yang korang dapat daripada merokok.. haha..
p/s: idea entry ni aku dapat waktu tengah termenung kat "chamber berbau". Kalo boleh, ringan-ringankan tangan jugak ye tolong retweetkan entry nih. hehe
kepada awek aku yang sedang baca entry nih:
abang tengah ondaway nak berenti smoking nih. Terima kasih ye sebab sentiasa sokong usaha-usaha abang nak berhenti. sayang kamu ketat-ketat (kenapa salu orang pakai sayang ketat-ketat?? aku cuma folow trend je :p)