Kerajaan gesa segera pendidikan seks?..haha. Kalo cmni mesti suma student rajin je pergi kelas waktu pendidikan seks. Bukan ape, semua sibuk nak tunjuk pandai dalam bidang seks ni. hehe... Kalo zaman aku dlu, waktu kelas sains bab pembiakan, semua segar bugar jek mata dengar penerangan cikgu. Yang tak bole blah, sorang-sorang rajin tanya cikgu dengan lebih mendalam bab pembiakan nih. haha


Korang rasa dengan buat kelas pendidikan seks ni boleh ke bendung kes-kes sosial remaja yang berlaku sekarang?. Bagi aku, kelas pendidikan seks ni tak penting sangat. Lagi bagus kalo kerajaan buat kelas agama lebih. Maksud aku wat kelas tambahan agama. Sebab dengan teras ilmu agama yang tinggi, besar kemungkinan hampir kesemua masalah ayng berkaitan dengan remaja dapat diatasi kerana secara keseluruhannya, pendidikan agama adalah secara menyeluruh dan bukan memfokus kepada satu-satu masalah sahaja. bukan setakat seks, malah kes lari rumah, kes cinta, dan sebagainya lagik.



Macam yang aku perhatikan sekarang ni, seks bukanlah punca gejala sosial yang berlaku sekarang. Kebanyakan kes-kes berlaku dari kurang didikan ibu bapa dan didikan agama. Mungkin aku tak pernah masuk kelas pendidikan seks, tapi aku rasa apa yang di ajar kat dalam kelas pendidikan seks tu cuma cara nak atasi mengandung anak luar nikah, kenali cara atasi masalah gangguan seksual dan sebagainye. Sory la yek kalo salah, xde pengalaman masuk kelas pendidikan seks nih. hehe


Apa yang aku cuba fokuskan kat sini ialah akhlak remaja sendiri. Walao tinggi macamana pon dorang taw pasal seks, tapi akhlak masih lemah, tak mustahil berlaku jugak kes-kes yang ada sekarang. Entah silap hari bulan lagi susah kita hendak tahu. Ye lah, suma da ikuti kelas seks, da taw kalo nak romen pakai kondom la, makan pill cegah hamil la, dan macam-macam lagi teknik cegah kehamilan.


Pada aku, kerajaan mesti titikberatkan dari segi pemulihan akhlak remaja-remaja ni terlebih dahulu sebelum laksanakan kelas pendidikan seks nih. Bila semua sudah ok, barulah laksanakan kelas pendidikan seks ni sebagai ilmu tambahan kepada remaja-remaja tersebut.


bagi pendapat korang pulak camna?meh kita tukar-tukar pendapat k.


p/s: jangan ade yang wat kelas tusyen pendidikan seks secara personal dah la.hahaha

sumber gambar : http://www.ganmaoyao.com/down/sex_education.gif