Salam semua, bersempena World Cup yang sedang berlangsung sekarang, masing-masing antara korang kompom ada mempunyai pasukan pilihan sendiri yang korang rasa boleh menjulang Piala Dunia edisi yang kali ni bukan.(England da terkeluar..sob sob..).


Tapi korang semua tak terasa tercabar ke tengok wakil Asia seperti Jepun dan Korea Selatan dapat mara ke peringkat ke-2? Mana pergi pasukan negara kita? Harimau malaya dah tempang ke? or harimau malaya kita dah tua??


Aku heran tiap kali menonton wakil-wakil asia beraksi, mesti akan terdetik di hati mengapa pasukan Malaysia sendiri tidak mampu untuk mewakili benua kita ini ke Piala Dunia. Walhal satu ketika dulu, sebut sahaja harimau malaya, semua pasukan gerun untuk menentang. Bahkan jepun dan korea selatan sendiri bukan saingan kepada harimau malaya pada masa tersebut. Senang cakap, memang malang la kalo dorang kena undi satu kumpulan dengan pasukan harimau malaya.


sekarang? tak payah sebut jepon dan korea, bahkan Singapura yang merupakan lauk kita dahulu pon sudah jadi musuh tradisi. Thailand apatah lagi, ntah-ntah pasukan malaysia ni umpama lauk bagi mereka. sigh..


Aku tertanya-tanya di mana silapnya pengurusan pasukan bola sepak kita sehingga menyebabkan kejatuhan reputasi yang begitu mendadak. Mungkinkah kesilapan dari segi pengurusan?,kesilapan pemain?, ataupun kesilapan jurulatih?. Atau mungkin juga kesilapan penonton dan penyokong sendiri?
Ape pendapat korang pulak?


p/s: MrNamie memang lemah dalam bidang penulisan ni. >.<