Sudah Berpindah ya....
Tuesday, July 27, 2010
Posted by MrNamie
Kepada kawan-kawan yang singgah kat sini, terima kasih ye MrNamie ucapkan...Tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, MrNamie dah berpindah ke rumah baru ye... ALamat rumah baru tu ada MrNamie letakkan kat bawah ni. Jangan malu-malu singgah ye kawan-kawan. hehe..
Kita jumpa di sana ye kawan-kawan.. hehe..
alhamdulillah..dah ada self host
Wednesday, July 21, 2010
Posted by MrNamie
Alhamdulillah, hari ni rasa gembira sangat bila berjaya mendapatkan hosting sendiri untuk berblogging nih.Hehe.. Sebenarnya dah lama pon mengidam nak beli hosting sendiri nih, tapi masa dan kewangan je tak mengizinkan. Tapi kali ni dah nekad sangat yang memang nak beli hosting sendiri nih.
Kisah mencari hosting secara serius ni rasanya dah mula sejak 2 minggu lepas kot kalo tak silap. Hampir semua la yang aku tanya. Tapi yang banyak memberi pendapat datangnya dari rakan-rakan yang ada kat GengBlogger. Semua bagi dorongan and menambah semangat lagi nak berhosting sendiri nih. Terharu beb.. keke
Blog ni secara rasmi dihostkan kat fivio baru je petang tadi. Petang tadi la aku sibuk bank in, sibuk pilih nama domain, and sibuk mengganggu bertanya pasal hosting aku ni kat admin fivio. Alhamdulillah, setakat nih semua pekerja kat pihak Fivio ada banyak membantu. Harap berkekalan la camni, insyaAllah kalau servis Fivio ni still macam sekarang nih aku rasa memang akan terus guna Fivio je la. Sebab hasil dari research aku memang kebanyakan otai-otai kat dunia blog ni memang menggunakan Fivio.
Ok, spesifikasi hosting yang aku pilih ni merupakan spesifikasi yang di promosikan oleh saudara @Qiilans87. Aku terjumpa ni pon sebab tengah mencari kot-kot ade promosi yang Fivio tengah buat skang. Last-last tengah sibuk google, jumpe la entry ni kat website saudara Roslan Nazri AKA @qiilans87 nih. Hosting yang di promo nih kapasiti dia 5GB, bandwidth pulak 30GB, and harga pulak cuma RM90. Memang berbaloi.
K lah, rasanya da cukup panjang kot entry nih. Cukup kot sampai sini jek. Yang penting, hari ni boleh jadi sejarah kot kat dalam diri aku nih. First Time memakai blog yang self host. bangga jap.hehe..
P/s: kalo ade otai-otai dalam wordpress ni harap dapat la bantu aku ye. Banyak lagi benda-benda yang aku masih tak tahu kat dalam dunia Wordpress nih. Salam
Tapi banyak lagi benda yang belom edit.belom ada masa nak adjust..
Kebaikan merokok..bukan smoker jangan baca..
Tuesday, July 20, 2010
Posted by MrNamie in bawah umur, hisap, kebaikan, rokok
Salam sumer...Hari ni aku nak share sikit kebaikan merokok.Haha..walaupun tak banyak macam keburukannya, atleast dapat la jugak buka mata dan minda korang semua yang sebenarnya merokok ni ada kebaikan nya. hehe.. Macam pepatah "dont judge a cigar by its brand". Okayh, kalo nak tahu kelebihan merokok, sila ringan-ringankan tangan korang klik
Korang dah buang jersi korang?
Sunday, July 18, 2010
Posted by MrNamie in agama, bola sepak, isu, sukan, syariah
entry ringkas dari Kuala Lumpur menggunakan internet tumpang...keke
Kosmo hari ni dah nyatakan haram woo pakai jersi yang ada logo salib, syaitan, serta jenama minuman keras. hakhak...ni Datuk Nooh Gadut yang bagtau kat kosmo okayh. Bukan Kosmo sendiri yang memandai-mandai nak kuarkan fatwa mengenai pengharaman jersi nih.
So, kepada peminat pasukan bola yang jersi ada mempunyai logo salib, syaitan dan jenama minuman keras, agaknya dah boleh kot mula lelongkan baju jersi yang ada. Kalo tak nak lelong pon, korang beli je frame gambar, pastuh framekan jersi korang tuh. Eh lupa lak, rasanya kalo ade logo salib, takkan la kita nk gantung pulak kan.hehe
Senang cakap, sape-sape yang ade tu bole da mula bakar membakar kot. Kalo sayang pon, korang gi koyakkan je kat tempat yang ade logo salib tuh. Takper la jersi yang berlubang sket, daripada nilai agama yang berlubang okayh. Jangan kerana jersi agama tergadai pulak yek.. keke
p/s: aku peminat manchester united jugak. and ada jersi yang ada lambang syaitan@RED DEVIL. takpa, demi agama aku sanggup tak pakai jersi tuh..keke
nanti ade masa edit balik entry biar kemas. Rasa macam tak kemas lak. Kalo ade masa la, tak janji. Waka waka waka eh eh
Nak urut guna payudara? 18sx .. kot
Thursday, July 15, 2010
Posted by MrNamie in 18sx, info, negara, payu dara, pusat urut, sekeliling
petikan akhbar kosmo. |